Politeknik Banting Selangor telah menyertai Pertandingan Pengucapan Awam Speakers' Corner bagi Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bersempena Penganjuran Simposium Kos Sara Hidup (SCOL) tahun 2023.
Dua pelajar PBS iaitu Muhammad Syakir Irfan Bin Shaharuddin (pelajar DKM semester 3) dan Mohammad Nazwinn Faddamy Suzuki (pelajar DKM semester 5) telah menyertai pertandingan Pengucapan Awam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dimana kedua-dua mereka telah berentap bersama beberapa Institusi Pengajian Tinggi yang lain.
Kedua-dua mereka berjaya merangkul kejayaan pada pertandingan ini iaitu:
1. Muhammad Syakir Irfan Bin Shaharuddin - Johan Pengucapan Awam Kategori Bahasa Melayu dan
2. Mohammad Nazwinn Faddamy Suzuki - Naib Johan Bahasa Inggeris Kategori Bahasa
Majlis Pemberian Hadiah telah diberikan sendiri oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.