MAKLUM BALAS PENETAPAN MARKAH LULUS PENTAKSIRAN BERTERUSAN
- Details
- Hits: 527
MAKLUM BALAS PENETAPAN MARKAH LULUS PENTAKSIRAN BERTERUSAN, PENILAIAN AKHIR DAN PEPERIKSAAN AKHIR BAGI PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penilaian, Bahagian Peperiksaan dan Penilaian sedang mengumpul maklum balas berkaitan penetapan syarat lulus Pentaksiran Berterusan, Penilaian Akhir dan Peperiksaan Akhir yang telah dilaksanakan bagi tujuan rujukan proses penambahbaikan.
3. Sehubungan dengan itu, Dr./ Ts./ tuan/ puan / saudara / saudari dimohon untuk memberi maklum balas di pautan https://bit.ly/MB_LULUSPAPB. Sasaran responden adalah terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai Peperiksaan,Ketua Jabatan, Ketua Program, pensyarah dan pelajar.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan PBS.
Kerjasama dan perhatian Dr./ Ts./ tuan/ puan / saudara / saudari berhubung perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.