BENGKEL PENULISAN KERTAS PENYELIDIKAN DARI PROJEK INOVASI
- Details
- Hits: 13
BENGKEL PENULISAN KERTAS PENYELIDIKAN DARI PROJEK INOVASI
Banting- Penganjuran Bengkel Penulisan Kertas Penyelidikan Dari Projek Inovasi yang berlangsung pada 10 April 2025 telah berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta dengan kejayaan penghasilan sebanyak 33 penulisan abstrak dan kertas kajian penuh (full paper) untuk dibentangkan / diterbitkan oleh pensyarah.
Bengkel anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersial (UPIK), PBS ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Politeknik Ungku Omar (PUO) iaitu Dr. Nur Raihana binti Sukri. Secara kesimpulannya, objektif penganjuran bengkel iaitu untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran penulisan dan penerbitan kertas penyelidikan daripada projek inovasi dalam kalangan pensyarah telah berjaya dicapai. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghasilkan penulisan!
https://www.facebook.com/share/1CNeogwMRY/