International Community Services Inclusivity and Sustainability TVET Programme di Politeknik Negeri Medan.
- Details
- Hits: 23
International Community Services Inclusivity and Sustainability TVET Programme di Politeknik Negeri Medan.
Bermula dari 12 hingga 15 April 2025, seramai 4 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring dari PBS telah menyertai program ini bersama-sama 10 orang pelajar dan 3 pensyarah pengiring dari Politeknik Jeli, Kelantan.
Program yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan), JPPKK, Tn. Haji Kamaludin bin Daud dan Pengarah Politeknik Jeli, Gs. Mohd Zamre bin Ab Rahman ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan mengenai bidang tujahan politeknik dalam agroteknologi dan Kejuruteraan.
Dua orang pelajar dari Program Urban Farming Maybank iaitu Saudara Muhammad Raqib Hairyzal bin Mohamad Rusnin dan Saudara Mohamad Fitri bin Zakaria telah dipilih untuk menyertai prgram ini. Manakala dua org pelajar lagi dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar iaitu Aidan Yusof bin Cornelius Anuar dan Rishe a/l Sivakumar turut dipilih bagi memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran kerja kolaboratif berasaskan “innovation & transfer knowledge”.
Semoga penglibatan dalam program ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan memperkasakan nilai inklusiviti serta kelestarian dalam pendidikan TVET.
https://www.facebook.com/share/1ENZNSj9wW/