CERAMAH KESEDARAN TENTANG JENAYAH SIBER DAN KESELAMATAN DIGITAL
- Details
- Hits: 13
CERAMAH KESEDARAN TENTANG JENAYAH SIBER DAN KESELAMATAN DIGITAL
Dalam era teknologi moden dan penggunaan internet yang meluas, data peribadi semakin terdedah kepada pelbagai ancaman siber seperti kecurian identiti, penipuan, aktiviti penggodaman, dan pengintipan. Perlindungan maklumat peribadi amat penting bagi memastikan keselamatan, privasi, dan kesejahteraan individu terpelihara.
Sehubungan itu, JHEP PBS telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Ceramah Kesedaran Tentang Jenayah Siber dan Keselamatan Digital pada 8 April 2025 bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang langkah keselamatan digital harian bagi melindungi maklumat peribadi mereka. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Inspektor Rasidin dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Banting. Banyak ilmu bermanfaat yang telah dikongsikan sepanjang program berlangsung.
https://www.facebook.com/share/1BavyaeX2y/
]