PROGRAM IHYA' RAMADAN MADANI 2025
- Details
- Hits: 12
PROGRAM IHYA' RAMADAN MADANI 2025
20 Mac 2025 M | 21 Ramadan 1446 H
Program Ihya Ramadan Madani tahun ini telah menyajikan pelbagai aktiviti program yang dianjurkan seiring dengan hasrat untuk membudayakan penghayatan Ramadan agar dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti, secara tidak langsung ia turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan dan mengeratkan ukhuwah sebagai sebuah masyarakat Malaysia Madani. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan termasuklah Jom Singgah Sahur, Pertandingan Khat, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Quran Hour, Gotong -royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk, Infaq Ramadan, Iftar Perdana dan banyak lagi.
Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Di Muliakan Tengku Dato' Mohamed Alhaj Bin Tengku Harun, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Pengarah-pengarah Bahagian JPPKK, Pengarah-pengarah POLYCC serta rakan komuniti dari Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor, Exim Bank Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) Morib, Surau Banting Baru dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Dalam masa yang sama, sumbangan turut disampaikan kepada kakitangan dan pelajar-pelajar yang layak. PBS mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang bantuan yang menyantuni warga PBS terutama kepada golongan B40 iaitu Akademi Kenegaraan Malaysia-Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor, Bank Islam Malaysia Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Exim Bank Malaysia, serta penyumbang-penyumbang lain di atas sumbangan yang diberikan. Semoga bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban terutamanya menjelang Syawal yang bakal tiba.
https://www.facebook.com/share/1LvuSfwUUX/