Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penawaran dan Penjajaran (PPPKK)
- Details
- Hits: 29
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penawaran dan Penjajaran (PPPKK)
Pihak Politeknik Banting Selangor diketuai oleh Tuan Pengarah iaitu Ts. Ibrahim Bin Burhan bersama Timbalan Pengarah, En. Roswady Bin Abdul Wahab dan para pensyarah PBS yang terlibat dalam Kajian Keperluan Program Baharu atau Program Needs Analysis (PNA) untuk penubuhan program baharu di PBS.
Mereka telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penawaran dan Penjajaran (PPPKK) di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di Putrajaya bagi membentangkan cadangan permohonan untuk program Diploma Teknologi Pembuatan Aeroangkasa PBS.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak PPPKK telah bersetuju dengan cadangan permohonan program yang dicadangkan oleh pihak PBS selaras dengan keperluan industri dan hala tuju TVET Malaysia.
https://www.facebook.com/share/1G4xre5XtQ/