Bengkel Idea Inovasi: Penerapan Artificial Intelligence (Al) dan Industri 5.0 Dalam Inovasi
- Details
- Hits: 10
Bengkel Idea Inovasi: Penerapan Artificial Intelligence (Al) dan Industri 5.0 Dalam Inovasi
Bengkel Idea Inovasi: Penerapan Artificial Intelligence (Al) dan Industri 5.0 Dalam Inovasi yang diadakan pada 6 Mac 2025 (Khamis) di DKU, Politeknik Banting Selangor telah menarik minat peserta yang terdiri daripada pensyarah PBS, KK Kuala Langat, KK Sepang serta pelajar-pelajar semester 4 PBS dalam menghasilkan inovasi yang berteraskan AI.
Bengkel anjuran UPIK dengan kerjasama KELAB MECHANIZER JKM PBS ini bertujuan menghasilkan pensyarah dan pelajar yang dapat menyelesaikan masalah dalam komuniti dengan mengaplikasi kaedah pembangunan idea dan penerapan Artificial Intelligence (AI) dan Industry 5.0 dalam inovasi.
Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Khairur Rijal Bin Jamaludin yang dijemput khas dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membantu peserta memahami konsep Artificial Intelligence (AI) dan Industry 5.0 serta bagaimana ia mendorong ke arah inovasi selain menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal untuk mencipta penyelesaian masalah yang lebih cekap.
https://www.facebook.com/share/1AUZFkSyEj/