Kejohanan Woodball Tertutup Selangor Sirkit 1 Tahun 2025
- Details
- Hits: 17
Kejohanan Woodball Tertutup Selangor Sirkit 1 Tahun 2025
Kejohanan Woodball Tertutup Selangor Sirkit 1 Tahun 2025 telah berlangsung pada 22 Februari 2025 dengan jayanya. Pemain-pemain woodball PBS yang terdiri daripada kalangan pelajar dan staf telah menunjukkan keputusan yang membanggakan.
Kejohanan ini telah diadakan di Laman Woodball Politeknik Banting Selangor (PBS) dengan disertai seramai 113 orang pemain dari 8 buah kelab seluruh Selangor. Dalam membudayakan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dalam kalangan warga PBS, Pengarah PBS Ts Ibrahim bin Burhan & Pengarah Kanan Kompentesi Ts Abdul Razak bin Sabtu telah turut serta dalam kejohanan ini.
Penyampaian hadiah kategori individu lelaki & wanita telah disampaikan oleh En. Haridass A/L Ramasamy , Penyelaras Parlimen Kuala Langat.
Dikesempatan ini juga PBS mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu iaitu Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang telah sudi meluangkan masa untuk menyertai dan memberi sokongan dalam Kejohanan Woodball Tertutup Selangor Sirkit 1 Tahun 2025 di Laman Woodball, Politeknik Banting Selangor (PBS).
Kehadiran YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu bukan sahaja memberi semangat kepada kami, tetapi juga menunjukkan komitmen dan kepimpinan yang sangat dihargai. Semoga semangat yang ditunjukkan dapat memberi inspirasi kepada kami semua untuk terus berusaha dan berjaya.
Keputusan:
Kategori Remaja Wanita bawah 21 tahun:
Johan - Juliana Hijjah binti Zulhendri
Tempat ke-4- Nurul Syahaza binti Mohd Norman
Tempat ke-7- Amna Nafeesa binti Mohd Najah
Tempat ke-8- Irdina Syuhada binti Mohd Suhaili
Tempat ke-9- Sufi Humairah binti Suhairi
Tempat ke-10- Kamilya Amani binti Khairul Azhar
Kategori lelaki bawah 21 tahun:
Tempat ke 5- Muhammad Aiman Danial bin Mohamad Faizeli
Tempat ke-6- Muhammad Faizal bin Mohd Nazeema
Tempat ke-9- Muhammad Hakimi bin Rosdi
Tempat ke-10- Riezman Fiqri bin Khairil Nizam
Kategori Terbuka Wanita:
Tempat ke-9- Pn. Aishah binti Saim
Kategori lelaki terbuka lelaki:
Tempat ke-6- En Mohamad Khairani bin Mohamed Amin
Tempat ke-10- Amaluddin Salihin bin Muhamad
Terima kasih di atas sokongan pengurusan tertinggi PBS dalam kejohanan ini.

