Kem Kepimpinan JPP, Kelab dan Persatuan 2025: Great Leadership
- Details
- Hits: 20
Kem Kepimpinan JPP, Kelab dan Persatuan 2025: Great Leadership
Tarikh: 22 - 23 Februari 2025
Hari: Sabtu hingga Ahad
Tempat: Impiana Country Resort, Hulu Langat, Selangor
Pada 22 hingga 23 Februari 2025, Kem Kepimpinan JPP, Kelab dan Persatuan 2025: Great Leadership telah diadakan di Impiana Country Resort, Hulu Langat, Selangor. Program ini melibatkan 35 orang pelajar JPP, Kelab dan Persatuan PBS yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang berperanan penting dalam kelancaran program tersebut.
Kem ini bertujuan untuk membentuk sahsiah diri para peserta dan melahirkan individu yang berpengetahuan serta mampu berkomunikasi dengan efektif. Peserta juga diajar untuk berfikir secara kreatif dan kritikal, serta mengaplikasikan kemahiran praktikal yang berguna dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini memberi fokus kepada pengukuhan kemahiran interpersonal dan komunikasi, baik dalam kumpulan kecil mahupun di hadapan orang ramai.
Secara keseluruhannya, Kem Kepimpinan JPP, Kelab dan Persatuan 2025 ini berjaya mencapai matlamatnya dalam melahirkan pemimpin masa depan yang berdaya saing, berwawasan dan mampu memberi impak positif kepada komuniti dan organisasi mereka.


