PERBINCANGAN KOLABORASI ANTARA CIDB TECHNOLOGIES SDN BHD DENGAN PBS

BANTING, 26 FEBRUARI 2025 : PBS telah mengadakan sesi perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik bersama CIDB Technologies Sdn. Bhd. yang dihadiri oleh Chief Executive Officer, En. Mohd Hafiz b. Dasahi, Senior Manager, Operation & Business Development, En Rosman bin Ahmad dan Head of Department, Business Development, En Arwin bin Yac’cob.
Perbincangan berlangsung di PBS dengan dipengerusikan oleh Pengarah PBS, Ts. Ibrahim bin Burhan tertumpu kepada potensi memperkukuhkan kerjasama dalam akademik dan industri selain meneroka peluang PBS menjadi Pusat Latihan Bertauliah. Seterusnya, pihak CIDB Technologies Sdn. Bhd. dibawa melawat di sekitar bengkel dan Hangar PBS. Perbincangan ini diharapkan menjadi langkah awal ke arah kerjasama yang lebih kukuh dan saling menguntungkan antara PBS dan CIDB Technologies Sdn. Bhd.
Mungkin imej 7 orang, kapal terbang dan teks