Projek Akhir Pelajar AEROMECH Sesi 1: 2024/2025
- Details
- Hits: 19
Penganjuran Pertandingan Projek Akhir Pelajar AEROMECH Sesi 1: 2024/2025 pada 5 November 2024. Sebanyak 32 projek akhir pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat yang terpilih telah dipertandingkan. Proses penjurian telah dibuat oleh barisan panel juri industri dan juri dalaman yang dilantik. Setiap projek dinilai berdasarkan idea rekabentuk, kreativiti, kecekapan, kefungsian, teknologi, hasil kemasan projek, pengiktirafan dan kemahiran persembahan melalui poster dan sesi soal jawab.
Dalam masa yang sama, Hari Terbuka PBS 2024 juga diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat luar mengenali PBS dengan lebih dekat. Seramai 250 pelajar sekolah dan kolej vokasional di sekitar Kuala Langat telah hadir. Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBS telah mengambil peluang memberikan taklimat berhubung kursus-kursus yang ditawarkan di PBS sekaligus mempromosikan pengambilan pelajar ke PBS.
Reruai pameran promosi PBS turut disertai oleh pihak agensi dan industri daripada KWSP, Maybank, Celcomdigi. Pihak syarikat Futurise Aksadron dan Aerodyne Group turut hadir mempamerkan mempamerkan teknologi dron terkini di industri, dimeriahkan dengan gelanggang drone soccer untuk pengunjung.