Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Banting Selangor telah menerima lawatan Penilaian Pemeriksa Luar (External Examiner) ETAC bagi tujuan pengiktirafan/akreditasi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM). Lawatan Penilaian ini dijalankan selama 2 hari iaitu bermula pada 6 November 2024 dan berakhir pada 7 November 2024.

Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh Ts. Ibrahim bin Burhan, Pengarah Politeknik Banting Selangor yang turut dihadiri oleh Ahli Pengurusan Tertinggi dan pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

PBS ingin mengucapkan terima kasih kepada Penilai Pemeriksa Luar (External Examiner), Prof. Dr. Abdul Mutalib bin Leman dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah hadir bagi Lawatan Penilaian ini.