PROGRAM MOBILITI PENYENGGARAAN PESAWAT PELAJAR ANTARABANGSA THAILAND
- Details
- Hits: 153
PROGRAM MOBILITI PENYENGGARAAN PESAWAT PELAJAR ANTARABANGSA THAILAND
BANTING, 23 Julai 2024 - Pengurusan Politeknik Banting Selangor (PBS) hari ini meraikan kejayaan semua peserta Program Mobiliti Pelajar: Penyenggaraan Pesawat dari Tharn Technological College (TTC), Thailand yang telah menamatkan latihan selama hampir tiga minggu bermula 7 hingga 23 Julai 2024. Pelajar-pelajar dari TTC telah mengikuti dua modul penyenggaraan pesawat iaitu Basic Gas Turbine dan Propeller yang dilaksanakan di PBS. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi latihan asas dan meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar ini mengenai asas Gas Turbine dan Propeller dan pengoperasiannya. Selain mengikuti kelas modul penyenggaraan pesawat, PBS juga menyediakan pelbagai aktiviti lawatan dan riadah untuk pelajar-pelajar Tharn College ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah beriadah di Bukit Jugra dan sekitar Banting, lawatan sekitar Kuala Lumpur dan membeli belah di IOI City Shopping Centre, Putrajaya.
Pengarah PBS, Ts. Ibrahim Burhan berkata kerjasama antarabangsa ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi jaringan kolaborasi akademik bagi memperkasakan TVET dalam bidang penyenggaran pesawat. Program bersama TTC bukanlah pertama kali dianjurkan sebaliknya telah berlangsung sejak tahun 2022. “Rata-rata peserta menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran program ini dalam usaha melestarikan proses pertukaran ilmu serta mencetuskan hubungan kerjasama baharu dalam TVET. Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dan meningkatkan lagi hubungan antara Thailand dan Malaysia dalam bidang pendidikan TVET.”
https://www.facebook.com/share/p/WmUhe8sY6LAStF4M/?mibextid=oFDknk