Pelajar-pelajar Politeknik Banting turut diberikan kesempatan untuk menyertai program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Selangor pada 10 Mac 2024 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Program yang diserikan dengan kehadiran Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, YB Najwan Halimi memberikan peluang kepada pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Semoga program seumpamanya memberikan satu anjakan paradigma kepada pelajar Politeknik Banting untuk menerajui kepimpinan belia pada masa depan.

https://www.facebook.com/share/p/22ns12zCFu4LRk7u/?mibextid=oFDknk