Politeknik Banting Selangor telah mengadakan Lawatan Jaringan Kolaborasi POLYCC bersama Poli@AKN Jawa Timur pada 7-10 Disember 2023. Lawatan ini turut disertai oleh Dr. Mohd Zahari Bin Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Haji Muhammad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah, JPPKK, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang terlibat di dalam program ini, Ketua Jabatan HEP, Timbalan Pengarah PBS dan pensyarah.
Program Jaringan Kolaborasi ini adalah untuk memperkenalkan PBS kepada Politeknik-politeknik di sekitar Jawa Timur dan juga membincangkan hala tuju kolaborasi bersama dengan politeknik-politeknik dan Akademik Komunitas Negeri (AKN) di sana. Antara cadangan kolaborasi ialah mengadakan :
a. lawatan dan penganjuran dan aktiviti ilmiah
b. program-program pertukaran staf dan pelajar
c. penganjuran persidangan, simposium dan bengkel
d. kajian penyelidikan dan penerbitan, dan
e. program latihan bersama serta konsultasi bagi kedua-dua institusi.
Selain PBS, Politeknik dan Kolej Komuniti juga terlibat dengan jaringan kolaborasi ini iaitu:
1. Politeknik Jeli
2. Politeknik Kota Bharu
3. Politeknik Tun Syed Serajudin
4. Kolej Komuniti Kuala Langat
5. Kolej Komuniti Hulu Selangor
6. Kolej Komuniti Ampang
7. Kolej Komuniti Hulu Langat
Manakala POLI@AKN Jawa Timur ialah:
1. Politeknik Negeri Malang,
2. Politeknik Negeri Banyu wangi (Poliwangi),
3. Politeknik Negeri Jember (Polije),
4. Politeknik Perkapalan Negeri Surabaya (Ppns),
5. Politeknik Negeri Madura (Poltera),
6. Akademi Komunitas Negeri Pacitan,
7. Politeknik Elektronika Negeri Surabaya (Pens),
8. Akademi Komunitas Negeri Putra Sang Fajar Blitar dan
9. Politeknik Negeri Madiun (Pnm)
PBS mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam Program Jaringan Kolaborasi ini. Semoga segala perancangan dapat direalisasikan pada masa hadapan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02331LSRVoAGarBKnZ4zrNbtEk9E6YtiTDzwkaMTKPtjU75E8zdmx5XDimsoCGLLcTl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz