MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH
PERTANDINGAN PROJEK AKHIR PELAJAR : AEROMECH SESI 1 2023/2024
30 NOVEMBER 2023
Majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Projek Akhir Pelajar : AEROMECH SESI 1 2023/2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama PBS pada 30 November 2023.
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Banting Selangor, Ts. Zainah binti Rujihan.
Politeknik Banting Selangor mengucapkan sejuta tahniah kepada semua peserta dan pemenang AEROMECH Sesi 1 2023/2024 serta setinggi penghargaan kepada para juri yang terlibat. Juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kerja Pertandingan Projek Akhir Pelajar : AEROMECH Sesi 1 2023/2024.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid04rw4XXhLKVXucCk6ydfGsWXzCkuE98h6V8oQJ67h9BaH2hs2TidYsYHHH37bP43Tl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz