Kursus Persijilan AUTODESK INVENTOR
- Details
- Hits: 222
CERTIFIED AUTODESK INVENTOR FOR 3D PARTS AND ASSEMBLY DESIGN ENGINEERING CERTIFICATION COURSE
Tarikh program : 4-8 Disember 2023
Kursus Persijilan AUTODESK INVENTOR FOR 3D PARTS AND ASSEMBLY DESIGN ENGINEERING sedang berlangsung di Makmal Komputer UKES, PBS. Objektif utama kursus ini adalah membolehkan peserta mencipta bahagian 3D asas, pemasangan dan penggubalan menggunakan perisian Inventor. Program Kursus Persijilan Profesional ini adalah untuk calon yang mempunyai kemahiran lanjutan dan boleh menyelesaikan cabaran kompleks dalam aliran kerja dan reka bentuk menggunakan Inventor. Pensijilan ini meningkatkan kemahiran peserta yang komprehensif dan membantu peserta menonjol dalam pasaran kerja yang kompetitif.
Tenaga pengajar adalah daripada Academind Network Sdn Bhd. Peserta kursus adalah seramai 25 orang pelajar PBS dan 2 orang pensyarah PBS. Semoga semua peserta berjaya mendapat persijilan AUTODESK INVENTOR FOR 3D PARTS AND ASSEMBLY DESIGN ENGINEERING.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Q89hiN6WGZ1F1PvhtEx8CRnPUEgjTVSvNUyMSPcQvHRfzBsAdh5QCrDXi4Ty7tJXl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz