Program KEM BITARA PEMIMPIN MUDA KOLABORASI DAERAH KLANG BERSAMA POLITEKNIK BANTING SELANGOR (PBS) TAHUN 2023 telah diadakan baru-baru ini di PBS pada 17 sehingga 18 November 2023. Seramai 162 orang pelajar sekolah daripada 3 buah sekolah telah terlibat dalam program ini iaitu SK Pandamaran Jaya, SK Tengku Bendahara Azman dan SK Klang. Pelajar-pelajar sekolah ini telah dibimbing oleh Ahli Ambassadors dan Ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik.
Majlis Penutup untuk program ini turut dihadiri oleh Ts. Ibrahim Bin Burhan Timbalan Pengarah PBS, En Roswady Bin Abdul Wahab, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBS, En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid, Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Sektor Pembangunan Murid, Klang, dan Puan Noor Wajihaa Binti Abdul Razak, Penolong PPD (HEM), Sektor Pembangunan Murid, Klang. Semoga program dan usahasama seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Y67NSsXLhiKMCWVJ46X6sU9Mpn5ebGRFwJjHuedWKxwNaZs3Th8wk5wyNAUCnEqyl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz