Majlis Apresiasi telah diadakan pada 14hb November 2023 (Selasa) untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2023 dan ahli tertinggi Kelab dan Persatuan Politeknik Banting Selangor di atas segala jasa dan sumbangan disepanjang tahun 2023. Majlis ini telah menyatukan hampir 151 orang peserta yang telah merealisasikan segala aspirasi dan matlamat Politeknik Banting Selangor dalam melahirkan graduan yang berkebolehpasaran tinggi.
Penubuhan MPP, Kelab dan Persatuan adalah untuk membina kemahiran, melakar matlamat, merancang tindakan dan melaksanakan segala tindakan dengan teratur bagi mencapai matlamat yang diperlukan oleh PBS.
Iltizamnya, tidak lupa juga setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat membina semangat jati diri pelajar dan mempersiapkan diri dalam menuju ke alam pekerjaan yang memerlukan kemahiran sosial yang bervariasi.
Kemampanan fikiran dalam MPP, Kelab dan persatuan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah. Ini akan mewujudkan suasana yang lebih ceria dan bersemangat apabila setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan mempunyai elemen penggemblengan yang kuat. InshaALLAH.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0wjF5ZNDnP92dy2CW7kJUqrFWTTmdD3cQ9Mn4Zw6z7VwHs55QYozGoioG5yKe32jal&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz