LAWATAN KE PUSAT TEKNOLOGI KENDERAAN HIBRID & ELEKTRIK, KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS.
Tarikh 13 September 2023. Kumpulan pensyarah daripada Politeknik Banting Selangor telah berpeluang untuk melawat PUSAT TEKNOLOGI KENDERAAN HIBRID & ELEKTRIK, Kolej Komuniti Kepala Batas. Pihak Pengurusan KKKB diketuai oleh Ts Jasni Bin Mohd Yusoff selaku Pengarah KKKB telah menyambut kehadiran staf daripada PBS. Pengurus Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid &Elektrik, Encik Suhaimi Bin Yusof telah memberikan taklimat dan pembentangan berkaitan pengurusan dan pengalaman yang dihadapi sehingga pusat teknologi teknologi tersebut mendapat pengiktirafan luar negara. Lawatan ini sangat membantu pihak PBS dalam berencana mewujudkan pusat bertauliah PBS yang aktif dan mampan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02BT1sRAHd8oDedRaEpURAMisUZnLQiiHv3jRxSUzYcqZkupTyDUP6epJY3335ZtWTl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz