Politeknik Banting Selangor (PBS) telah menerima lawatan daripada Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) pada 19 September 2023 (Selasa) semalam di bawah Program Opening Young Eyes (OYEs!) PBS. Sebanyak 4 buah sekolah di sekitar Banting yang menyertai lawatan ini. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dibawah YATIM kepada program-program yang ditawarkan di PBS. Terima kasih kepada YATIM, guru-guru serta 40 orang pelajar daripada tingkatan 4 dan 5 yang telah mengunjungi PBS semalam. Semoga program yang diadakan sedikit sebanyak memupuk minat kepada semua pelajar untuk melanjutkan pengajian ke PBS suatu hari nanti.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid026GgrhpmQ7yaSURxA8Rj3UuV9nqJ3wYY4f4DHsCn7U6i9sR8MGSthLe1RQ9CSYWGEl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz