Pada 7-9 September 2023 yang lalu, Politeknik Banting Selangor telah menyertai pameran di Selangor Aviation Show 2023 di Skypark, Subang. Pameran ini juga turut disertai oleh pelbagai institusi, syarikat-syarikat penerbangan swasta dan juga daripada agensi kerajaan. Antara tujuan penyertaan PBS ini adalah meyakinkan pihak industri untuk mengadakan jaringan kolaborasi bersama PBS untuk pembangunan staf dan pelajar di dalam bidang penyelidikan dan inovasi, jaringan global dan sebagainya. Semoga dengan adanya jaringan kolaborasi bersama industri akan memanfaatkan staf dan pelajar PBS terutamanya di masa akan datang .

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02zJ46DLLa3KP6evtAPUdqfu4YGw9CAyiks54AVCfoicpimC6iaoFUyWn4z1WZqW8Wl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz