Bertempat di Agrotek Garden Resort Selangor, warga PBS berkumpul bagi menyertai Kursus Peningkatan Kepimpinan Warga PBS dan AMP 2023. Warga PBS telah bersatu tenaga menjalani semua aktiviti yang telah dirancang dengan cemerlang. Suasana persekitaran yang dikelilingi dengan air terjun dan dusun penduduk tempatan, menjanjikan suasana kursus yang amat istimewa.
Kursus Peningkatan Kepimpinan Warga PBS telah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang pada 15 Ogos 2023 manakala Kursus Peningkatan Kepimpinan AMP PBS berlanjutan sehingga 16 Ogos 2023 bermula pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 tengahari keesokan harinya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uPmYcsFhP12h3A6hG4dAEZ42pEMn2CDsDGRjeTGmvDbkJrXYsHe9esjdBk5PB3dYl&id=100063504194802&mibextid=Nif5oz