Sekitar Karnival Jom Masuk U Zon Tengah di Reruai POLYCC pada 4 - 5 Jun 2023 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.
Perasmian penutup telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.
Politeknik Banting Selangor dan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai penyelaras pameran di Reruai POLYCC.
Pada 4 Jun 2023, Pameran Interaktif di Reruai POLYCC disertai oleh dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Ampang dan Politeknik Sultan Idris Shah.
Manakala pada 05 Jun 202e, pameran interaktif disertai oleh Politeknik Metro Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.
Bagi Kaunter Promosi pula Pegawai Pengambilan POLYCC Zon Tengah turut bersama bagi memberikan maklumat-maklumat terkini kepada pengunjung.
Tahniah dan Terima Kasih kepada semua POLYCC Zon Tengah yang terlibat.
Terima kasih kepada Kolej KomunitiKuala Langat (KKKL) atas gambar-gambar yang menarik sepanjang karnival Jom Masuk U 2023.