Sempena Hari Pendaftaran, Minggu Transformasi Siswa (MTS), Unit SmartGreen PBS dengan sukacitanya menjemput tuan/puan semua untuk mengambil bahagian dalam program Park & Walk @ PBS yang akan diadakan pada:
>> Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)
>> Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
>> Penyertaan: Semua Warga PBS
Apa itu ‘Park & Walk @ PBS’?.
Satu inisiatif untuk menggalakkan warga PBS untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan dan berjalan kaki @ menggunakan kenderaan alternatif seperti papan luncur dan skuter elektrik pejabat / jabatan / unit sekitar kampus.
Ini bukan sahaja membantu mengurangkan jejak karbon kenderaan, tetapi juga menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat!
Sertai kami dalam usaha menjadikan PBS sebuah kampus yang lebih hijau dan lestari. Jom bergerak, jom sihat, jom kurangkan karbon!
P/S: Semua warga PBS dimohon mengosongkan parking jabatan/unit sediada. Tempat parkir pada hari berkenaan dikhaskan dalam zon 3 ( bersebelahan Pusat Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum PBS).*
Sekian, terima kasih.

