CSR ECOFREEMARKET PBS BERSAMA BEKIND MALAYSIA DI PULAU CAREY,24 APRIL 2025

Sukarelawan JMSK dan JK Smartgreen PBS bersama 37 sukarelawan pelajar Politeknik Banting Selangor telah bekerjasama bersama Pertubuhan Bekind Malaysia dalam menjayakan Program Sukarelawan Ecofreemarket Sumbangan Raya bersama penduduk orang asli di Sek. Keb. Kg.Sg. Judah,Pulau Carey pada 24 April 2025 bermula dari pukul 7.30am – 12.00pm.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh para sukarelawan PBS dan JK Smartgreen PBS termasuklah mengadakan aktiviti sukaneka khusus bagi anak² orang asli, pertandingan mewarna, membantu edaran sumbangan raya,membuat pengasingan barangan sumbangan dan tidak ketinggalan membantu menjaga kebersihan di Sek Keb Kg Sg Judah sebelum dan sesudah program dilaksanakan.

Program ini turut mendapat sokongan komuniti dalam melaksanakan aktiviti kitar semula bagi menyahut seruan ke arah Sustainbility Development Goals bagi membantu kesejahteraan negara Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *