PBS JOHAN DATA HACKATHON(Kategori UA Challenge) Pertandingan Data Hackathon V3.0 POLYCC 2026 : Data To Impact

PBS telah mengungguli Pertandingan Data Hackathon V3.0 POLYCC 2026 : Data To Impact bagi Kategori UA Challenge. Pertandingan telah berlangsung pada 23 Sept 2026 di Terengganu Digital 1303 dan Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Dr. Shahiza binti Ahmad Zainuddin pada 24 Sept 2026 di Permai Hotel Kuala Terengganu.

Pasukan PBS iaitu ByteForce dibawah bimbingan Pn Badariah Abdollah, telah diwakili oleh 2 pelajar :

  1. NURUL SAFA SYAHZANANI BINTI SALLEHUDDIN

2. MUHAMMAD FAIRUZ AFANDI BIN KHAIRUL NAIM

PBS telah mara ke peringkat akhir DATA HACKATHON PolyCC setelah bersaing bersama 118 penyertaan kumpulan pelaar yang lain dengan tajuk Malaysian Carbon Growth.

Kejayaan pelajar PBS membuktikan bahawa bidang analisis data dan AI boleh dikuasai oleh semua bidang pengajian dan tidak tertumpu kepada pelajar bidang IT sahaja.

#pbsterbangtinggi#mypolycc

#TVETUntukSemua#beritapbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *