
PBS berjaya memperolehi Geran Kecil MPKL 2025 bernilai RM3,000.00
Tahniah Politeknik Banting menerima Geran Kecil MPKL 2025 bernilai RM3,000.00 pada 10 Mei 2025 sempena…
Tahniah Politeknik Banting menerima Geran Kecil MPKL 2025 bernilai RM3,000.00 pada 10 Mei 2025 sempena Hari Rendah Karbon di Masjid Kanchong Darat, Banting. Geran disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd kepada wakil PBS iaitu En Khazaren Kusaini, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Penyelaras Smartgreen PBS, Ts….
Bengkel Kesedaran Lanskap Alam Sekitar Kampus PBS dalam kalangan warga pelajar PBS pada 7 Ogos 2025. Kredit Tn Hj Saharuddin Talib , KJSKK PBS merangkap Timbalan Presiden Persatuan Woodball Kuala Langat.
Aktiviti Kitar Semula melibatkan E-Waste oleh pelajar Kelab Mesra Alam pada 8 Ogos 2025.Pelajar Kelab Kitar Semula PBS sangat komited dalam menjayakan aktiviti kitar semula bagi menyokong kelestarian alam sekitar.Tahniah kepada usaha murni yang dijayakan oleh Pelajar PBS…!
Penyelaras SmartGreen PBS , Ts. Mohd Khairun Nizam bin Sa’adan telah diberikan kepercayaan untuk berkongsi ilmu dan dijemput sebagai Penceramah sempena Bengkel Kampus Lestari Kolej Komuniti Kuala Langat pada 7 Ogos 2025.Semoga perkongsian ini dapat membantu KKKL bersama-sama dalam kelestarian alam sekitar seiring dengan halatuju SMARTGREEN POLYCC.
Program Wear2Care Pengumpulan Fabrik Terpakai pada 30 Julai 2025 anjuran Politeknik Banting Selangor dengan kerjasama JK SmartGreen Politeknik Banting , EKSA PBS dan Puspanita PBS . Terima kasih kepada PIC BT-4 Pengurusan Sisa : Ustazah Adibah dan Pn Juliza atas usaha menjayakan Program Wear2Care Pengumpulan Fabrik Terpakai ini yang menyokong kelestarian alam sekitar.
Taklimat PBS Mesra Alam kepada semua pelajar baharu Semester 1 PBS, sempena Minggu Transformasi Siswa Sesi 1 2025/2026 pada 30 Julai 2025.
Lawatan Penandaarasan Smartgreen PBS dari Kolej Komuniti Kuala Langat,Selangor(KKKL) ke Politeknik Banting Selangor telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2025. Delegasi KKKL di ketuai oleh Pn. Kaslia binti Kasiran,selaku Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat dan juga Pn. Roslina, Penyelaras SmartaGreen KKKL serta 9 pegawai yg lain. Lawatan penandarasan ini bertujuan membantu perkongsian amalan baik JK…
Pelancaran Minggu Kesedaran Alam Sekitar Madani PBS oleh Pengurusan Tertinggi PBS semasa Perhimpunan Bulanan Madani PBS pada 24 Jun 2025 di Dewan Kuliah Utama. Kredit Pn Rosmawar dan semua JK SmartGreen Politeknik Banting .
Politeknik Banting Selangor memperolehi tangga ke 819 untuk penyertaan buat kali pertama di WORLD’S MOST SUSTAINABLE UNIVERISITY IN 2022 bagi UI GREENMETRIC WORLD UNIVERISITY RANKING. TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA PBS..!