Akreditasi ETAC

PROGRAM AKREDITASI

 

 

 

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Kualiti

PBS telah mengorak langkah dalam mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bermula tahun 2017 dengan memperolehi Sijil ISO 9001:2015 bermula 23 Mac 2017 sehingga 23 Mac 2023 dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Seiring perkembangan semasa, PBS kini komited terus maju ke hadapan dengan mengorak langkah beralih ke Sistem Pengurusan Pendidikan ISO 21001:2018 (EOMS) bermula kuatkuasa dokumen EOMS pada  23 Januari 2023 melalui badan pensijilan SIRIM QAS Sdn Bhd yang dirancang Audit Pensijilan pada 10 hingga 11 Ogos 2023.

Disamping itu, PBS juga komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam keadaan terkawal dari masa ke semasa seiring dengan Sijil ISO 45001:2018(OSHMS) yang turut diperolehi dari pihak SIRIM QAS Sdn Bhd bermula tempoh 12 Nov 2018  sehingga 12 Nov 2024.

Semoga dengan terlaksananya dua amalan Sistem Pengurusan Antarabangsa di PBS iaitu ISO 45001:2018(OHSMS) dan ISO 21001:2018(EOMS) akan membantu PBS untuk terus cemerlang seiring dengan Visi Politeknik Malaysia “Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul”.

SIJIL SISTEM PENGURUSAN KUALITI PBS

ISO 21001: 2018

DIKEMASKINI 21/5/2025

ISO 45001: 2018

DIKEMASKINI 21/5/2025