Bilakah pengambilan pelajar Politeknik Banting?

Diploma : Dua kali setahun

 

Siapakah yang layak memohon ke Politeknik Banting?

Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Rujuk : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp untuk semakan

 

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan?

Permohonan kemasukan melalui Web http://upu.mohe.gov.my

 

Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik Banting?

  1. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM)
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP)

 

Berapakan yuran pengajian Politeknik Banting?

Yuran pengajian bagi semua program di semua Politeknik dan Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00/semester

 

Adakah Politeknik Banting menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?

Calon boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Rujuk portal https://www.ptptn.gov.my atau hubungi PTPTN di talian 03-88706835

 

Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik Banting?

  1. Sambung pengajian ke Politeknik / MTUN / UA
  2. Bekerja
  3. Usahawan / Job Creater

 

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan sijil diploma dan sijil keputusan setiap semester saya di politeknik? Ini adalah kerana semua sijil-sijil saya telah terbakar/hilang kerana banjir/lain-lain, dan saya sangat-sangat memerlukan sijil-sijil ini semula untuk proses mencari kerja.

Tuan/Puan boleh mendapatkan salinan dokumen peperiksaan tuan dari Unit Peperiksaan dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pegawai Peperiksaan, Politeknik Banting Selangor atau menghubungi pegawai peperiksaan PBS untuk tindakan lanjut.


Dokumen

Muat Turun Soalan Lazim Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti