Sejarah PBS

Politeknik Banting Selangor (PBS)  adalah Politeknik ke 24 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PBS mula beroperasi di bangunan Kolej Komuniti Kuala Langat pada 2007 dan kemudiaannya di kampus transit Bandar Sungai Emas dengan menawarkan Diploma Kejuruteraan Elektrik. Pada 2012, program Diploma Kejuruteraan Elektrik ini dijumudkan dan pelajar PBS dipindahkan ke politeknik lain seperti Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan  Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

 

PBS mula beroperasi di kampus tetap di atas tanah berkeluasan 100 ekar pada 6 September 2012. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) ditawarkan di PBS pada Oktober 2012 dan bermula Disember 2012 Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) dilaksanakan di PBS. Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP) pula ditawarkan di PBS bermula Disember 2015.

 

Sehingga kini, PBS masih menawarkan 3 program diploma berkenaan dan telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti serta memiliki kadar kebolehpasaran graduan yang sangat tinggi. PBS juga memiliki barisan Penasihat Industri yang hebat yang sentiasa bersama PBS bagi memastikan program yang ditawarkan seiring dengan keperluan industri. Kesemua program PBS telah mendapat pengiktirafan daripada badan akreditasi dan professional negara seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) serta mendapat persijilan ISO 9001:2015 dan ISO 45001:2018 oleh SIRIM QAS International; dan persijilan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

 “Employability Our Priority”.

Slide PBS

Muat Turun Fail PDF : Tekan Sini

Video Korporat PBS