Info

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Latihan atau Kursus dalam Perkhidmatan (KUDAP) dan Pendidikan Lanjutan bagi staf agar mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pengurusan yang efektif.

Aktiviti yang dijalankan adalah merangkumi semua jabatan-jabatan dan unit-unit. Pelaksanaan semua aktiviti dibantu oleh ahli jawatankuasa yang dilantik dari setiap jabatan dan bertindak sebagai Penyelaras Latihan Staf Jabatan masing.

ULPL bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Banting Selangor (PBS) ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan jesteru memastikan setiap kakitangan menjalani latihan sekurang-kurangnya 3 hari dalam setahun.

Selain itu, ULPL juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) seperti Kursus PPK, CPCM dan EEP sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf di setiap politeknik.

Hubungi: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Perkhidmatan

Objektif ULPL ialah memastikan kakitangan Politeknik Banting Selangor kompeten melalui pengurusan latihan yang sistematik.

Fungsi ULPL:

  1. Merancang, menguruskan dan melaksanakan latihan dalaman dan luaran kepada staf 
  2. Merancang dan melaksanakan Program Latihan Sangkutan Pensyarah ke Industri (SIP)
  3. Menguruskan dan menyelaras Program Pembelanjaran Sepanjang Hayat (PSH)
  4. Menguruskan urusan pendidikan lanjutan staf
  5. Menguruskan pelajar praktikal dari dalam dan luar yang memohon di Politeknik Banting Selangor.
  6. Urusetia Validasi dan Temuduga Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)  

Carta Organisasi