INFO UNIT

Perpustakaan Politeknik Banting memainkan peranan penting di dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong dan membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Dengan keluasan lantai 3970.33-meter persegi, Perpustakaan Politeknik Banting berupaya menampung 500 orang pengguna dalam satu masa.

 Perpustakaan telah memulakan operasinya kepada pengguna mulai bulan Julai 2008.

OBJEKTIF 

  1. Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul, memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Banting Selangor.
  2. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat dan mesra 
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh Warga Politeknik
  4. Melahirkan Warga PBS yang berbudaya ilmu

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

PERANAN UNIT PERPUSTAKAAN & SUMBER

  1. Menyediakan sumber maklumat yang terkini dan relevan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  2. Menyediakan perkhidmatan literasi maklumat dengan pantas dan efektif
  3. Meningkatkan keberkesanan aktiviti pembudayaan ilmu supaya dapat dimanfaatkan oleh semua warga PBS
  4. Menyediakan prasarana perpustakaan PBSyang kondusif dan bertaraf global

 

PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Sirkulasi

  2. Perkhidmatan Rujukan

  3. Perkhidmatan Kesedaran Semasa

  4. Pangkalan Data Atas Talian https://sites.google.com/view/polytechlibrary/sumber-digital

  5. Perkhidmatan Internet

  6. Sistem Pembekalan Penerbitan

  7. Perkhidmatan Pendaftaran ISBN/ISSN

  8. Online Public Access Catalogue (OPAC) http://library.polibanting.edu.my/

CARTA ORGANISASI