INFO UNIT
Perpustakaan Politeknik Banting memainkan peranan penting di dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong dan membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.
Dengan keluasan lantai 3970.33-meter persegi, Perpustakaan Politeknik Banting berupaya menampung 500 orang pengguna dalam satu masa.
Perpustakaan telah memulakan operasinya kepada pengguna mulai bulan Julai 2008.
OBJEKTIF
- Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul, memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Banting Selangor.
- Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat dan mesra
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh Warga Politeknik
- Melahirkan Warga PBS yang berbudaya ilmu
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
PERANAN UNIT PERPUSTAKAAN & SUMBER
- Menyediakan sumber maklumat yang terkini dan relevan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menyediakan perkhidmatan literasi maklumat dengan pantas dan efektif
- Meningkatkan keberkesanan aktiviti pembudayaan ilmu supaya dapat dimanfaatkan oleh semua warga PBS
- Menyediakan prasarana perpustakaan PBSyang kondusif dan bertaraf global
PERKHIDMATAN
-
Perkhidmatan Sirkulasi
-
Perkhidmatan Rujukan
-
Perkhidmatan Kesedaran Semasa
-
Perkhidmatan Internet
-
Sistem Pembekalan Penerbitan