INFO UNIT

 

PENGENALAN UNIT PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan Politeknik Banting Selangor atau singkatannya UPEP PBS  berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan          hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan.

Unit Peperiksaan adalah salah satu unit dalam carta organisasi PBS  di bawah seliaan Timbalan Pengarah. Unit Peperiksaan diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan DH44 dan dibantu oleh Pegawai Peperiksaan DH41 serta Penyelaras Peperiksaan yang dilantik dari setiap Jabatan Akademik.

 

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Unit Peperiksaan ,

Politeknik Banting Selangor,

Persiaran Ilmu,

Jalan Sultan Abdul Samad,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-3120 1625

Faks: 03-3120 1706

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

FUNGSI UNIT

  • Melaksanakan dan menguruskan aktiviti peperiksaan pelajar
  • Merancang dan melaksanakan dasar berkaitan Peperiksaan dan Penilaian Politeknik
  • Merancang pembangunan dan pengoperasian Sistem Pengurusan Bank Soalan Politeknik
  • Merancang dan memastikan keberkesanan kompetensi berkaitan peperiksaan dan penilaian termasuk pembinaan item.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik
  • Memantau keseluruhan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi

 

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh UPEP PBS adalah berdasarkan Takwim Aktiviti Peperiksaan Politeknik Malaysia yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BPN,JPPKK) ialah:

 

  • Penyediaan Kertas Peperiksaan Akhir
  • Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
  • Pemprosesan Keputusan Penilaian
  • Pengurusan Persijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
  • Penguatkuasaan Peraturan Penilaian

 

MUAT TURUN :

Buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma), Edisi 6, JUN 2019

CARTA ORGANISASI