INFO UNIT

 

Pengenalan

Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersialan (UPIK), Politeknik Banting Selangor (PBS) berperanan sebagai peneraju dalam usaha pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga PBS. UPIK berfungsi sebagai pusat bagi penyelarasan dan pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembentangan di persidangan akademik, penerbitan kertas penulisan penyelidikan /ilmiah, penghasilan produk dan inovasi, penyertaan pertandingan inovasi, pengurusan harta intelek dan pengkomersialan produk dalam kalangan staf dan pelajar PBS.

 

Peranan

Selaras dengan objektif Pusat Penyelidikan Inovasi (PPI) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) iaitu usaha berterusan untuk mengembangkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di politeknik, UPIK berperanan sebagai :

  • Agensi pusat di peringkat PBS bagi mengkoordinasi aktiviti pembangunan penyelidikan, inovasi da pengkomersialan di institusi
  • Pemudahcara bagi membudayakan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan warga PBS
  • Membangunkan kerjasama bagi aktiviti penyelidikan dan inovasi yang melibatkan institusi, industri, kerajaan dan komuniti berteraskan Revolusi Industri ke-4.

 

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan

Politeknik Banting Selangor

Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad

42700 Banting, Selangor

No Tel.: +603-31201625| No Faks : +603-31201706

Website: https://pbs.mypolycc.edu.my/

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

• Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pembangunan penyelidikan, pembangunan produk inovasi, permohonan geran, perlindungan harta intelek dan pengkomersialan produk di PBS.
• Menghebahkan jemputan seminar/persidangan/pertandingan inovasi/geran di peringkat jabatan/kebangsaan/antarabangsa kepada semua staf.
• Merancang perbelanjaan kewangan bagi aktiviti berkaitan pembangunan produk inovasi, penyelidikan dan penulisan, pertandingan inovasi/penyelidikan dan pameran produk.
• Memberi khidmat nasihat kepada penyelidik dalam pembangunan penyelidikan, penulisan kertas kajian ilmiah dan pembentangan.
• Merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti berkaitan permohonan geran/ dana penyelidikan warga PBS.
• Memberi khidmat nasihat kepada penyelidik yang ingin memohon geran penyelidikan.
• Memberi khidmat nasihat kepada staf dan pelajar dalam pembangunan inovasi dan penyertaan pertandingan inovasi.
• Mengurus dan menyelaras permohonan harta intelek bagi produk inovasi pelajar dan staf PBS yang terpilih.
• Menyelaras laporan/ rekod perlindungan harta intelek produk inovasi yang terpilih dan membuka fail produk secara sistematik.
• Mengenalpasti ruang untuk menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dengan institusi penyelidikan/ industri/ agensi luar dan komuniti dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
• Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek/aktiviti ilmiah pelajar di PBS.
• Meyelaras pengumpulan maklumat dan data kajian/ hasil penyelidikan/ produk inovasi oleh pensyarah dan pelajar di PBS.

 

SISTEM DAN APLIKASI PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Sistem Penyelidikan Dan Inovasi (SYRi) JPPKK https://app.mypolycc.edu.my/syri/

Portal Permohonan Skim Geran Penyelidikan TVET (T-ARGS) https://sites.google.com/view/targs-jppkk/home

Portal Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) https://sites.google.com/view/pprnjppkk/home

Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) - KPT http://mygrants.gov.my/main.php

Excellent Student Project Database System ExSPRO http://ppipapps.mypolycc.edu.my/exspro/login.php

MyMOHES http://mymohes.mohe.gov.my/e-anjungPoliKK/home.aspx

Turnitin https://www.turnitin.com/login_page.asp

Mendeley https://www.mendeley.com/

 

JURNAL PERCUMA

Google Scholar https://scholar.google.com/

Elsevier https://www.elsevier.com/en-xs

ScienceDirect.com https://www.sciencedirect.com/

Scopus https://www.scopus.com/

IEEE Xplore Digital Library https://ieeexplore.ieee.org/Xplore/home.jsp

Emerald Insight https://www.emerald.com/insight/

ResearchGate https://www.researchgate.net/

Academia.edu https://www.academia.edu/

 

GARIS PANDUAN 

  1. Garis Panduan Pengurusan Penganjuran Persidangan Penyelidikan (JPPKK)
  2. Prosedur Menjalankan Penyelidikan Di Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia (JPPKK)
  3. Buku Panduan Projek Pelajar (Diploma) Politeknik Malaysia KPT Edisi 2021
  4. Manual Penggunaan Sistem TURNITIN
  5. Panduan Pengguna Aplikasi Sistem exSPRO
  6. Manual Pengguna Modul Projek Pelajar Sistem MyMoheS Versi: 1.0

ARKIB BAHAN PROJEK AKHIR PELAJAR PBS

CARTA ORGANISASI