INFO UNIT

 

Pengenalan 

Program Latihan Industri adalah komponen wajib di dalam Kurikulum Politeknik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar-pelajar peringkat sijil dan diploma dikehendaki menjalani latihan industri selama 20 minggu sebelum menamatkan pengajian. Jumlah kredit yang dianugerahkan di dalam program latihan industri adalah 10 jam kredit untuk latihan lapangan, pembentangan, temuduga dan juga laporan penulisan latihan. Pelajar-pelajar adalah diharapkan untuk menimba pengalaman di dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pentadbiran, perakaunan, pengurusan, keselamatan dan sebagainya sepanjang tempoh latihan industri tersebut.

Visi
Pelengkap utama TVET ke arah kecemerlangan PBS menjelang 2020

Misi
Membangunkan potensis pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran teknikal & insaniah ke arah menjadi modal insan yang beretika dan profesional untuk pembangunan negara

Objektif

Antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai persekitaran pekerjaan sebenar. Para pelajar diharapkan dapat mencapai objektif berikut selepas menjalani latihan industri.

  • Berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  • Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif.
  • Berkebolehan untuk bekerja dalam pasukan.
  • Mempamerkan pemahaman tentang tanggungjawab profesional dan beretika.
  • Berkebolehan untuk menulis dokumen teknikal dan membuat pembentangan tentang hasil kerja yang telah di sempurnakan.

 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Merancang dan menyelaras semua aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri
  • Menyelaras penyeliaan pelajar latihan industri oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik ke organisasi yang dilantik ke organisasi yang terlibat
  • Menyelaras proses penilaian latihan industri setelah pelajar tamat menjalani latihan industri
  • Menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dalam meningkatkan hubungan di antara institusi dengan pihak luar

CARTA ORGANISASI