Info CISEC

Pengenalan

Corporate Industrial Services and Employment Centre (CISEC) memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutamanya dari sudut jaringan kolaborasi industri dan komuniti serta kebolehpasaran graduan.

Perkhidmatan yang diberikan

  1. Mengenalpasti industrI-industri yang relevan dan sesuai dengan keperluan Politeknik Banting Selangor (PBS) untuk tujuan kolaborasi bersama.
  2. Merancang dan membentuk jalinan hubungan di antara industri, pengajian tinggi / agensi lain dengan PBS bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan PBS.
  3. Menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan PBS.
  4. Memantau pelaksanaan inisiatif / aktiviti yang berkaitan bagi tujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan PBS, termasuk:
    • Penempatan latihan pelajar ke industri / OJT,
    • Perkhidmatan nasihat kerjaya,
    • Pemantauan 1L5G,
    • Penyelarasan pelaksanaan program kebolehpasaran graduan (Graduate Employability); dan
    • Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study)
  5. Melaksanaan aktiviti/kolaborasi dengan Jawatankuasa Penasihat Industri PBS
  6. Memantau pelaksanaan kolaborasi sedia ada bagi memastikan kelestariannya serta memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh KPI.

Carta Organisasi

Rakan Strategik

Peluang Latihan Industri