INFO UNIT

Pengenalan 

Unit Teknologi Maklumat(UTM) bertanggung jawab terhadap rangkaian kampus, servis komputer, pembangunan perisian dan menyediakan kemudahan infrastruktur ICT  di dalam Politeknik Banting Selangor. Unit ini terdiri daripada 3 orang kakitangan yang terdiri daripada:-

  • 1 Pegawai Teknologi Maklumat (F44/F41)
  • 1 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
  • 1 Juruteknik Komputer (FT19)

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Helpdesk ICT : https://aduan.polibanting.edu.my/

 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Fungsi / Perkhidmatan

  • Merancang dan menyelaras perolehan/pembangunan sistem aplikasi, perkakasan dan peralatan ICT mengikut perkembangan teknologi semasa dan keperluan pengguna.
  • Membantu/memberi sokongan teknikal/khidmat nasihat kepada Politeknik untuk mencapai tahap kepenggunaan/kesedaran ICT di kalangan Pegawai dan Kakitangan.
  • Mengemaskini Portal Rasmi PBS dan memastikan kandungan portal adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess.
  • Menyelenggara dan menguruskan sistem dan aplikasi yang digunakan di PBS
  • Menjadi perantara kepada keperluan teknikal Politeknik di dalam Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kementerian.
  • Bertanggungjawab di dalam penerimaan perolehan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengurusan Politeknik atau Kementerian Pengajian Tinggi samada melalui perolehan central contract dan sebagainya.
  • Merancang, membangun, menguji , dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di PBS.

 

 

CARTA ORGANISASI