Info Unit
Unit Pembangunan, Penyenggaraan dan PFI berperanan penting dalam menyediakan dan memastikan fasiliti / aset dalam keadaan terbaik serta kondusif di Politeknik Banting, Selangor bagi memastikan proses pengoperasian, pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.
Unit Pembangunan, Penyenggaraan dan PFI, Politeknik Banting, Selangor di ketuai oleh seorang Jurutera Awam dan mempunyai seramai 3 orang staf yang bertugas mengikut bidang. Senarai bidang adalah seperti berikut :-
- Bidang Awam
- Bidang Mekanikal
- Bidang Elektrikal
Perkhidmatan
- Merancang, mengurus dan memantau bangunan, infrastruktur awam dan aset secara komprehensif.
- Mengurus, memantau dan melaksana aduan kerosakan bangunan, aset, kawasan dan sistem mekanikal & elektrikal.
- Merancang, mengurus dan memantau projek - projek baharu dan menaik taraf.
- Penyediaan spesifikasi bagi projek dan menaik taraf.
- Mengurus, menyelaras dan memantau pengoperasian oleh pihak Konsesi di Kolej Kediaman.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan & Tuntutan Bayaran Asrama.
- Menyemak pelaporan pihak Konsesi bagi tujuan pengesyoran bayaran semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan & Tuntutan Bayaran Asrama.