Info MTO

Carta Alir

Soalan Lazim

Soalan Lazim Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat beserta Pelesenan Penyenggaraan Pesawat CAAM Part 66 Kategori A1

 

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Lesen Penyelenggaraan Pesawat (AML, CAAM Part 66)?

 

AML (CAAM Part 66) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang membolehkan pemegangnya mengeluarkan sijil pelepasan kepada perkhidmatan setelah menyelesaikan tugas penyelenggaraan yang dilakukan pada pesawat berdaftar Malaysia. Sijil pelepasan kepada perkhidmatan hendaklah dikeluarkan apabila penandatangan berpuas hati bahawa kerja itu telah dijalankan dengan betul dan tercatat dengan tepat, yang berkaitan dengan penggunaan: -

 

  1. Arahan terkini dan data penerbangan yang diluluskan
  2. Peralatan perkakas dan ujian yang disyorkan
  3. Persekitaran kerja sesuai dengan kerja yang sedang

 

AML Malaysia dikeluarkan mengikut Piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang terkandung dalam Annex 1.

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Pentauliahan Penyenggaraan Pesawat (Approved Maintenance Training Organisation - MTO)?

 

Organisasi yang bertanggungjawab untuk menyediakan latihan penyelenggaraan pesawat yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengikut Civil Aviation Directive (CAD) 1821  CAAM Part 147 di bawah Malaysian Civil Aviation Act (MCAR) 2016 – Regulation(s) 31, 32, 189 and 193.

 

3.        Berapakah minimum umur yang layak memohon program ini?

Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.

 

4.        Jika saya ditawarkan program lain di Politeknik Malaysia, bolehkah saya tukar ke Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat?

Tidak boleh kerana laluan kemasukan ke program ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut:

  1. Mempunyai 5 Kepujian dalam SPM termasuk Bahasa Inggeris
  2. Lulus temuduga
  3. Lulus Ujian aptitude
  4. Tidak buta warna

 

5.        Berapa lamakah tempoh pengajian bagi program Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat beserta Pelesenan Penyenggaraan Pesawat, AML (CAAM Part

66) Kategori A1 di Politeknik Banting Selangor?

Tempoh pengajian program Diploma adalah 3 tahun manakala pelesenan AML, CAAM Part 66 adalah 3 1/2 tahun (dengan penambahan OJT selama 6 bulan bagi peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang penerbangan sepertimana yang disyaratkan dalam CAD 1801)

6.        Adakah lesen yang dikeluarkan untuk juruteknik ataupun jurutera?

 

Lesen yang dikeluarkan adalah untuk juruteknik (Aircraft Maintenace Technician)

 

7.        Adakah lesen Kategori A1 ini dikeluarkan oleh pihak Politeknik Banting Selangor?

 

Tidak. Lesen ini akan dikeluarkan oleh pihak CAAM setelah pelajar memenuhi kesemua syarat yang dinyatakan dalam CAD 1801. Sila rujuk carta alir mendapatkan Lesen Penyenggaraan Pesawat, AML (CAAM Part 66) Kategori A1 di muka surat 2.

 

8.        Bolehkah  saya  menyambung ke Kategori B1 setelah saya telah berjaya mengambil Kategori A?

 

Boleh tetapi perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi Kategori B1 termasuk menduduki semula kesemua peperiksaan kerana ia melibatkan tahap pengetahuan yang berbeza. Sila rujuk CAD 1801 untuk maklumat lanjut. Politeknik Banting Selangor hanya menawarkan program pelesenan bagi Kategori A1 sahaja.

 

9.        Bolehkah saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah tamat pengajian diploma dan di mana?

 

Ya, boleh menyambung pengajian di Universiti Tempatan atau MTUN dengan mendapat permindahan kredit bergantung kepada universiti tersebut.

 

10.    Bolehkah saya hanya mengambil program Diploma sahaja tanpa mengambil program pelesenan ini?

 

Boleh.

 

11.    Bolehkah saya menggunakan keputusan Modul CAAM Part 66 Kategori A1/ Kategori B1 dari MTO lain bagi mendapat pengecualian modul bagi program ini?

 

Tidak boleh.

 

12.    Adakah saya akan mendapat kedua-dua (Diploma dan lesen) sejurus tamat pengajian?

 

Bagi Diploma, pelajar akan mendapat diploma apabila berjaya menamatkan pengajian sehingga OJT 1 (Semester 1 hingga Semester 6) dan diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan Politeknik.

 

Bagi lesen pula, pelajar perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada PBS bagi diserahkan kepada CAAM setelah tamat OJT 2 (tambahan satu lagi semester, iaitu 3 1/2 tahun) dan memenuhi kesemua syarat yang telah ditetapkan seperti mana yang dinyatakan dalam CAD 1801. Syarat tersebut adalah:

  1. Telah lulus kesemua 12 modul CAAM Part 66 di PBS
  2. Telah tamat menduduki latihan praktikal di PBS dengan jayanya
  3. Telah lulus kesemua 62 penilaian praktikal
  4. Telah menjalani OJT untuk setahun di mana-mana Approved Maintenance Organisation Part-145 (AMO)

  1. Telah melengkapkan buku log dan disahkan oleh LAE.

f.       Pelajar perlu berumur 21 tahun ketika memohon lesen.

 

 

  1. Bolehkah saya menjalani OJT di tempat selain dari AMO yang telah ditetapkan oleh PBS?

 

Tidak boleh. AMO berkenaan perlu menandatangani kontrak dengan Politeknik Banting Selangor. Namun begitu, pelajar boleh mencadangkan AMO yang akan dia menjalani OJT kepada Jabatan (sekiranya AMO itu tiada dalam senarai PBS) dengan kadar segera bagi tindakan pihak Politeknik Banting Selangor.

 

14.    Berapakah yuran pengajian dan perlesenan?

 

Sila rujuk jadual Yuran Khas Bagi Program Aircraft Maintenance Licence (CAAM Part 66)

Mengikut Semester di muka surat 2.

 

 

15.    Adakah kadar yuran OJT tetap?

 

Yuran OJT ditetapkan oleh AMO dan pelajar perlu membayar kepada AMO melalui Politeknik Banting Selangor.

 

16.    Adakah yuran khas MTO boleh dituntut jika saya berhenti, tukar program, gagal berhenti atau dibuang politeknik kerana masalah disiplin?

 

Tidak boleh dituntut.

 

17.    Adakah yuran dibayar termasuk untuk peperiksaan bagi modul CAAM Part 66 Kategori A1?

 

Ya. Walau bagaimanapun, pelajar perlu membayar semula yuran peperiksaan jika gagal sesuatu modul. Untuk makluman pelajar, markah lulus bagi kesemua Modul CAAM Part 66 adalah 75%.

 

18.    Adakah saya perlu mengambil dua peperiksaan yang berasingan bagi Program Diploma dan CAAM Part 66?

 

Ya. Pelajar perlu menduduki dua peperiksaan yang berbeza iaitu peperiksaan bagi Program Diploma dan peperiksaan Modul CAAM Part 66 bagi program perlesenan.

 

19.    Selain dari PTPTN, adakah Politeknik Banting Selangor menyediakan skim pinjaman pelajaran lain bagi membiayai program pengajian yg ditawarkan?

Tidak. Tetapi pelajar dan ibu bapa boleh membuat pinjaman pelajaran dari Bank Rakyat atau bank konvesional yang lain atau menggunakan akaun 2 dari KWSP bagi membiayai yuran pengajian.

20.    Apakah peluang pekerjaan bagi lulusan dalam bidang MRO?

Prospek kerjaya bagi lulusan dalam bodang MRO adalah seperti berikut:

  1. Aircraft Maintenance Technician/Mechanic - Turbine/Piston Engine
  2. Aircraft Component/Engine/Modification Technician
  3. Aircraft Components Manufacturing Technician
  4. Aircraft Product Development Technician/Officer/Researcher
  5. Aircraft Maintenance Planner
  6. Aircraft Non-destructive Testing (NDT) Inspector
  7. Aircraft Support Service Technician
  8. Aircraft Ground Support Technician
  9. Aircraft Components/Spare Sales Representative
  10. Helicopter Maintenance Technician/Mechanic - Turbine/Piston Engine
  11. Programme Technical Representative

 

21.    Adakah lulusan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat diiktiraf di peringkat antarabangsa?

Ya. Lulusan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat boleh bekerja di luar negara.

22.    Apakah perbezaan bagi graduan yang memperolehi diploma tanpa mendapat lesen juruteknik penyelenggaraan pesawat dan mempunyai kedua-dua Diploma dan lesen Kategori A1?

 

Pelajar boleh mendapat pekerjaan dengan lebih mudah. Pelajar Diploma beserta lesen mempunyai permintaan yang tinggi dalam bidang penerbangan mengikut Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030.

  

Sebarang pertanyaan sila emel kepada

  1. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. Puan Uma Devi Nadarajah (Quality Assurance Manager), This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Carta Organisasi