INFO JABATAN

 

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar merupakan jabatan sokongan yang menguruskan berkaitan hal-ehwal pelajar berkenaan pengambilan pelajar , kebajikan dan biasiswa, disiplin, kolej kediaman, kaunseling, aktiviti pelajar dan  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seperti Carta Organisasi tersebut.

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR DAN DATA

Bahagian pengambilan dan data pelajar akan menguruskan semua proses Pengambilan Pelajar Baharu. Pengambilan pelajar akan dilaksanakan sebanyak dua sesi bagi setiap tahun.

Sesi 1: Permohonan melalui Sistem UPU

Sesi 2: Permohonan melalui Sistem BAPPJPPKK di web ambilan.mypolycc.edu.my

 

Syarat Kelayakan Program- Program di Politeknik boleh scan di QR tersebut untuk semakan.

Maklumat Kemasukan Ke Politeknik boleh scan QR tersebut.

 

 

Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini data bayaran pelajar iaitu Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman. Terdapat beberapa akaun dan cara bayaran yang digunakan di Politeknik Banting, antaranya adalah seperti berikut:

 

Bil

Jenis Bayaran

No Akaun

1

Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman

Bayar melalui Perbankan JomPAY dari mana-mana bank tempatan secara atas talian.

 

 

2

Bayaran Pelbagai

(semester 1 sahaja)

Nama bank : BIMB

Nama Akaun : Kedai Koperasi Politeknik Banting Selangor

No Akaun: 12074010054891

 

3

Bayaran Insurans

(Pelajar semester 3 dan 5)

Nama bank : BIMB

Nama Akaun : Koperasi Politeknik Banting Selangor Bhd

No Akaun: 12074010066261

Reference: No Pendaftaran Pelajar

 

4

Bayaran Konvokesyen

Nama Bank : Bank Rakyat

No Akaun : 11-01807-5

Reference : KONVO KE 11 PBS

 

 

Di samping itu juga, bahagian ini akan menguruskan Permohonan Rayuan Pergerakan Pelajar (Tangguh pengajian, Pertukaran Program, Pindah Politeknik, Berhenti Pengajian), Pengurusan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik (APCP) dan menguruskan data pelajar peringkat politeknik dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

Unit ini menyediakan kemudahan sesi kaunseling kepada pelajar dan juga pensyarah bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang positif di Politeknik Banting Selangor. Selain itu, untuk menghasilkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani dan rohani serta intelektual yang sihat sepanjang masa. Unit ini ditempatkan di lokasi yang agak strategik di Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk memudahkan pelajar mendapatkan perkhidmatan dari unit ini. Klasifikasi Perkhidmatan di Unit Pengurusan Psikologi boleh dibahagikan kepada 7 bahagian seperti beikut:

  1. Kaunseling Individu
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Kaunseling Kerjaya
  4. Kaunseling Keluarga
  5. Pengujian dan Penaksiran Psikologi
  6. Ceramah / Bengkel / Seminar Psikologi dan kerjaya
  7. Pembimbing Rakan Siswa (PRSP)

 

Waktu Operasi

Bil

Hari Operasi

Masa Operasi

1

Isnin - Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Petang

2.00 Petang – 5.00 Petang

2

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Petang

2.45 Petang – 5.00 Petang

 

UNIT KEBAJIKAN DAN BIASISWA

          Unit Kebajikan dan Biasiswa merupakan satu unit yang penting bagi menguruskan insurans berkelompok, kebajikan, pinjaman dan biasiswa pelajar. Semua pelajar politeknik dikehendaki untuk mengambil polisi insuran secara berkelompok bagi melindungi pelajar dari musibah yang tidak diingini. Bayaran insurans perlu dibayar bagi pelajar yang berada di semester ganjil iaitu semester 1, 3 dan 5. Polisi insurans bagi pelajar yang akan menjalani Latihan Industri adalah Wajib mengikut kadar yang telah ditetapkan sebanyak RM35.00 seorang. Bayaran insuran boleh dilaksanakan melalui akaun berikut:

Nama bank : BIMB

Nama Akaun : Koperasi Politeknik Banting Selangor Bhd

No Akaun: 12074010066261

Reference: No Pendaftaran Pelajar

 

Unit Kebajikan dan biasiswa telah diberikan amanah untuk mengurus hal-hal kebajikan seperti berikut:

  1. Menguruskan khairat kematian pelajar.
  2. Mengurus hal berkaitan surat pengesahan pelajar bagi tujuan rawatan di hospital/klinik.
  • Mengurus hal berkaitan surat pengesahan pelajar
  1. Mengurus segala hal berkaitan dana bantuan bagi pelajar.
  2. Menguruskan bantuan yang bersesuaian bagi pelajar B40.
  3. Menguruskan dana yang diagihkan kepada pelajar yang berkelayakan.

         

Unit ini juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai maklumat biasiswa,pinjaman serta bantuan pendidikan daripada penaja yang berminat untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar. Semua permohonan adalah dalam bentuk atas talian. Berikut merupakan senarai penaja yang boleh dimohon oleh pelajar:

 

BIL

Nama Pembiaya Pinjaman / Biasiswa

Laman Sesawang

1

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN )

http://www.ptptn.gov.my/

2

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

http://www.jpa.gov.my/

3

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

4

Jabatan Kemajuan Orang Asli

http://www.jakoa.gov.my/

5

Biasiswa Sukan KPM

https://biasiswa.moe.gov.my/sukan

6

Bantuan Kewangan Pelajar OKU

https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/

7

Yayasan Telekom Malaysia

https://www.tm.com.my/YayasanTM

8

Yayasan Pelajaran Johor

http://portal.ypj.gov.my/

9

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

https://tapem.melaka.gov.my/1/

10

Yayasan Sawarak

http://yayasansarawak.org.my/

11

Yayasan Pahang

http://www.yp.org.my/

12

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa (TKWBNS)

http://tkwbns.selangor.gov.my/

13

Yayasan Selangor

http://www.yayasanselangor.org.my/

14

Yayasan Terengganu

https://www.yt.gov.my/

15

KUOK Foundation

http://www.kuokfoundation.com/

16

Zakat Selangor

https://www.zakatselangor.com.my/

 

UNIT DISIPLIN

Sebagai institusi pengajian tinggi, Politeknik Banting, Selangor (PBS) bukan sahaja ingin melahirkan graduan yang mempunyai kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga berhasrat untuk membentuk graduan yang mempunyai sahsiah dan keunggulan peribadi yang baik. Sehubungan itu, semua pelajar Politeknik Banting dikehendaki untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam membentuk disiplin pelajar.

Kesemua pelajar PBS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Banting dari semasa ke semasa. Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Semua proses kerja unit ini akan dilaksanakan berdasarkan apa yang terkandung di bawah akta ini:

  1. Urusetia tatatertib pelajar (UTP) dan Jawatankuasa Disiplin Pelajar (JKDP).
  2. Memantau perancangan dan perlaksanaan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar.
  3. Menyelaras dan memantau penguatkuasaan dendaan terus seperti saman kesalahan pelajar, saman kesalahan lalulintas pelajar.
  4. Menyelaras dan memantau penguatkuasaan akta 174.
  5. Merancang aktiviti pembangunan sahsiah pelajar.
  6. Menguruskan rayuan disiplin pelajar.
  7. Membuat siasatan dan laporan berkaitan salah laku pelajar.
  8. Menyelaras dan memantau permohonan pelekat kenderaan pelajar

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Bagi menghasilkan graduan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial Unit Pembangunan Pelajar telah merancang Takwin Aktiviti Tahunan Pelajar yang merangkumi semua pelajar. Aktiviti dimulakan dengan perancangan yang menyeluruh dan disusuli dengan pelaksanaan dan pemantaun yang  terbaik.

Aktiviti yang dirancang ini juga sering melibatkan jaringan kalobrasi bersama agensi-agensi luar, NGO, komuniti dan badan korporat. Aktiviti yang akan dijalankan adalah peringkat komuniti, kebangsaan dan antarabangsa bagi memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam menempoh alam pekerjaan yang sebenar.

PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman Politeknik Banting merupakan Kolej Kediaman yang dibangunkan di bawah program Private Finance Incentive (PFI) kerajaan Malaysia bersama kontraktor swasta yang mula diguna pakai pada tahun 2016. Semua pelajar PBS adalah diwajibkan menginap di Kolej Kediaman kerana kapasiti Kolej Kediaman dapat menampung seramai 1500 pelajar pada satu-satu masa. Terdapat 3 Blok di Kolej Kediaman Politeknik Banting yang dinamakan Blok AirAsia, Blok Malindo dan Blok Firefly serta setiap blok mempunya lima aras iaitu:

  1. Blok AirAsia (Perempuan) : Maksimum Kapasiti pelajar 500
  2. Blok Malindo (Lelaki)       : Maksimum Kapasiti pelajar 500
  3. Blok Firefly (Lelaki) : Maksimum Kapasiti pelajar 500

Kolej Kediaman Politeknik Banting dilengkapi dengan kemudahan seperti kantin, vanding machine dan mesin dobi bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang menghuni di Kolej Kediaman. Selain itu, penggunaan bilik di Kolej kediaman Politeknik Banting juga disediakan untuk orang luar dengan kadar sewaan sebanyak RM10 untuk satu malam.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan barisan kepimpinan pelajar yang telah dilantik oleh pelajar PBS dengan cara pilihanraya kampus yang diadakan pada setiap tahun. MPP akan diterajui seramai 25 calon pelajar untuk kerusi umum dan kerusi sector bagi menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan maklumat dari pihak pengurusan PBS kepada pelajar atau sebaliknya iaitu isu pelajar.

MPP berperanan untuk membantu pihak pengurusan PBS dalam bersama-sama menyelesaikan masalah pelajar untuk menwujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif kepada semua pelajar sepanjang pengajian mereka selama 3 tahun di PBS.

Selain itu, MPP dipertanggungjawabkan untuk mengelola dan menyelaras aktiviti yang akan dilaksanakan atau dirancang untuk kebaikan semua pelajar dalam meningkatkan kemahiran kendiri bagi setiap pelajar PBS.

CARTA ORGANISASI