Syabas & Tahniah diucapkan kepada pemain PBS yang telah menyertai WWC 24 Gates Competition anjuran Kelab Woodball Wawasan yang telah berlangsung di Laman Woodball Wawasan pada 20 April 2025. Muhammad Faizal bin Mohd Nazeema dan Nurin Zuhairah binti Mohammad Haris telah muncul naib johan kategori lelaki dan wanita U19.
Pada masa yang sama, Persatuan Woodball Daerah Kuala Langat telah menerima 3 set peralatan woodball untuk kegunaan bersama oleh pelajar PBS. Sumbangan telah disampaikan oleh YB Ng Sze Han, ADUN Kinrara merangkap Penasihat WWC.
https://www.facebook.com/share/1BYiraTKbJ/