DESIGN THINKING (CDIO) IN SOCIAL INNOVATION PROJECT WORKSHOP
Pelajar-pelajar PBS turut didedahkan dengan kemahiran Design Thinking (CDIO) dalam penyelesaian masalah dan pembangunan inovasi selain diterapkan dengan nilai kerjasama, tanggungjawab dan kepimpinan dalam melaksanakan kerja bersama komuniti semasa menjalankan Projek Inovasi Sosial (Social Innovation Project).
Program anjuran UPIK PBS yang berlangsung pada 14/4/2025 (Isnin) di Politeknik Banting & Kilang Kerepek FAZZ Banting bermatlamat supaya pelajar dapat menghasilkan sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi memenuhi keperluan komuniti, menjana pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Dr. Noreen Kamarudin (PSA) – Master Trainer CDIO tidak lokek berkongsi segala ilmu yang diperlukan kepada 30 orang pelajar dan 10 orang pensyarah PBS yang terlibat sebagai peserta program.
https://www.facebook.com/share/1AeCyVt2gp/