Kunjungan Delegasi daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak

Pada 21 Mac 2025 (Jumaat), Politeknik Banting Selangor (PBS) telah menerima kunjungan Delegasi daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi membincangkan hala tuju serta potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Lawatan dan perbincangan ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bersama delegasi beliau seramai 9 orang.

Turut hadir sama adalah YBhg Dato Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Centre of Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) dan YBhg Professor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi iaitu Naib Canselor i-CATS University College.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kolaborasi dalam bidang pendidikan, khususnya dalam program Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di PBS.

PBS merakamkan terima kasih kepada pihak delegasi atas lawatan ini dan diharapkan perbincangan yang diadakan akan memanfaat kedua belah pihak.

https://www.facebook.com/share/1ACUvD9VPy/