MENUAI HASIL, MENUAI HARAPAN!
Rabu (19/3/2025), berlangsung aktiviti menuai hasil tanaman di Politeknik Banting di bawah Program Pertanian Bandar, penerima Geran Industri Maybank Islamic Berhad.
Turut hadir Tuan Pengarah, Ts. Ibrahim bin Burhan, dan Timbalan Pengarah, En. Roswady bin Abdul Wahab, bersama warga politeknik dalam suasana penuh semangat dan kerjasama. Antara hasil tanaman yang dituai termasuk sawi Jepun, pakchoy, kailan, dan kacang panjang merah—bukti kejayaan usaha pertanian lestari di kawasan bandar.
Program ini bukan sekadar tentang pertanian, tetapi juga mendidik generasi muda tentang kepentingan kelestarian dan pemerkasaan komuniti
https://www.facebook.com/share/1BUoMEHo69/