Program Jom Sahur
Program Jom Sahur telah masuk tahun ke-4 dilaksanakan oleh PBS dengan kerjasama Kelab Aero dengan program mengagihkan makanan sahur kepada barisan hadapan di daerah Kuala Langat.
Program ini telah diketuai oleh Ketua Jabatan , Jabatan Penyenggaraan Pesawat, Exco Kesukarelawan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar & Pengerusi Kelab Aero. Di samping mengedarkan makanan sahur, edaran berkaitan informasi PBS telah diedarkan dalam usaha mempromosikan PBS dalam kalangan warga Kuala Langat.
Program Jom Sahur telah singgah di beberapa lokasi seperti Balai Bomba & Penyelamat, IPD, Hospital Banting dan institusi yang berhampiran di PBS.
Turut terlibat di dalam program ini adalah Ketua Jabatan Sukan dan Ko-Kurikulum (JSKK), PBS iaitu En. Saharuddin Bin Talib dan juga pelajar-pelajar PBS.
https://www.facebook.com/share/196mwi5767/